Halaman

Pengikut

Sabtu, 24 Disember 2011

Mee Bandung Muar Sedap




Alhamdulillah hamba masih dibeli kesempatan oleh Allah S.A.W untuk menulis diary yang tak seberapa nak diary sangat kt blog hamba ni. Harini hamba nak cerita pasal Mee Bandung Muar. Korang pernah rasa ? Kalau korang nak rasa datanglah ke Muar. Parent hamba datang ke Muar semata mata nak makan mee bandung Muar ni. Dulu masa hamba sekolah selalu jugak singgah makan mee bandung Muar kt Muar sebab hamba dulu sekolah kat Muar

Adoi berapa banyak Muar la. Kalau korang nak rasa kelazatan Mee Bandung Muar ni bolehlah pergi Muar. Aku suggest korang satu warung yang aku punt ak tahu nama dia apa. Yang penting aku tahu kedai tu kat area Muar * Mmg la Muar takkan Batu Pahat pulak. Kedai tersebut berada si Pt Bunga Muar. Kalau dari Rumah hamba , Aku akan melalui Jalan Yong Peng-Bakri Muar, Lepastu akan jumpa satu highway yang dinamakan Byypass.



Kalau korang nampak je Ads yg besar ni. Belok kanan masuk ke highway ByPass. Terus je sampai jumpa jambatan Pulau Pinang yang x berapa nak Pinang sangat . Lepastu amik side kiri menuju ke Tangkak. Tada , Dah sampai Pt Bunga ! Terus je nanti korang akan nampak satu warung kt blah kiri , Selalunya kat warung tersebut banyak sangat kereta. So singgah je lah. Lepastu jangan lupa order Mee Bandung Muar.


Sebelum korang sesat baik aku post gambar warung tersebut. Akus ampai je warung ni terus amik gambar ni. Gerai dia memang kureng sikit fasilities. Tapi makanan dia memang TOP ! Serious i tell you. Kalau korang tak percaya korang kene rasa sendiri Mee Bandung Muar dia. Sebab tu lah mama kau sanggup datang dari jauh *jauh ke ? semata mata untuk makan mee bandung dia. hehe



Walaupun gerai dia just macam reban ayam separuh siap. Tapi masakan dan Mee Bandung dia memang the best wa cakap lu bro. Korang tengok la warung ni walaupun pecah warung punya rupa, Kaum lain pun datang sini untuk makan. Sebab makanan dia memang sedap . Serious I tell you .. Ahakss !



Ni pula bahagian Sup. Korang cakap je nak sup apa semua ada. Sambil makan Mee Bandung Muar tu korang boleh la hirup sup sup yang ada kt sini. Kesedapan sup dia hingga membolehkan korang jilat mangkuk tu. haha. Jangan ketawa sbb dah ada yg buat. hehehe XD