Halaman

Pengikut

Khamis, 22 Disember 2011

KENANGAN RAYA BATCH 2008 SMALQ




MUAR : Raya ke lima, alkisah kami beraya ramai2 batch 2008 SPM SMALQ. Mula mula yg plan budak perempuan je. Plan bermula apabila cik Nur Hidayah mengajak rakan2 perempuan beliau untuk beraya di sebuah group di Facebook, Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyampuk . Orang kata kalau dah menyampuk tu biar sampai ke pangkal lengan. HAHA

Biasa lah aku ni orangnya mmg suka bergurau , Aku pun just bergurau ckp nak ikut diorang, Tetiba Hidayah memberi satu cadangan untuk membuat convoi raya tersebut campur dengan lelaki. Ramai juga perempuan yang tidak setuju masa itu. Tapi Cik Hidayah dan Cik Yusra telah menguatkan pendapat mereka untuk buat convoi bercampur antara lelaki dan perempuan. 


Setelah bermesyuarat dengan ahli2 mesyuarat facebook yang lain. Akhirnya satu kata pemutus telahpun di buat bahawa convoi ini akan dibuat dan campur antara lelaki dan perempuan. Memandangkan aku adalah lelaki yang pertama yg join diorang punya discussion, So aku telah dilantik untuk call semua budak lelaki. Aku pun call diorang. Ramai jugak yang bersetuju nak join. Tp last2 ada yang x dpt join sbb ada perkara yg lebih penting yang mereka nk buat.

So sampai lah raya ke 5. Masa yg ditunggu tunggu. Aku bertolak dari rumah pukul 7 pagi disebabkan excited. HAHA. lagipun aku nak kene pickup ADAM sbb dia tumpang aku . Lepas pickup adam aku pun jalan terus ke Muar dengan hati yang girang * Cewahh.. 


Sesampainya kami di bustand bentayan muar. Kami pun call Cik Hidayah untuk mengetahui GPS location beliau berada. Rupanya dekat je dengan kitorang. Kitorang pun lepak dengan dia. Tunggu punya tunggu adam dapat call, PAKTIP suruh amik kt umah. Aku pun menyetat kereta pi amik PAKTIP. Semasa mengambil paktip td, Cik Hidayah mesej aku cakap diorang tunggu kat Masjid Tanjung. 


Kitorang pun pegi la masjid tanjung yg baru kot .. Last2 diorang takde. Rupanya diorang dekat masjid tanjung yag lama. Aku pun tak sure yang masa satu yang baru dan mana satu yang lama. Kitorang pun menuju de Masjid tanjung yang lama. Mula2 tengok macam takde orang je. Aku pun round masjid tu sampai belakang. Kelihatan dari jauh ada kereta banyak . Jeng Jeng Jeng.. Whoaaa ramainya. Aku pun x sangka kitorang tunggu diorang punya lama kt bustand td akan dibalas dengan ramai2 mcm tu.


Ni lah antara kereta yang ada. Ada lagi 4 buah kereta kot. Kereta aku pun tak termasuk ni. Hahaha. Aku kira kira dekat 8 buah kereta kesemuanya. Terkejut gile masatu. Igt sikit je yang datang. Rupanya mendapat sambutan jugak . Dah dalam sejam dok sini sampai lah lagi satu kereta, Cik Ann Nazira. Dia datang lambat sikit sebab kereta miliknya dibawa oleh adik dia ke Melaka. Hahaha. Semua dah ada kitorang pun discuss nak pegi mana dulu . 


Akhirnya kitorang decide nak pegi rumah cikgu Salha " Our english teacher" Ingat lagi masa dulu dia mengajar Matematik, Sangat garang. takut mak. hahaha. Lepas kitorang dah form 5 dia ajar English pulak. Memang best blajar dengan cikgu salha ni. Sbb masa tu dia dah x garang lagi. hehe. Eh ?Back to our topic. Kitorang pun jalan menuju ke rumah cikgu salha. Cik Ann Nazira dengan Cik Khalijah Roslani decide nak naik keta aku. Dah paktip pulak naik keta Paan.

Sesampainya di rumah cikgu salha, Kitorang pun beri salam. Whoaa ramainya tetamu dia. Rumah dia dah banyak kereta tetamu. Lepastu tambah pulak kereta kitorang yang banyak tadi, Dah macam ada kenduri. hehe. Tapi nasib baik cikgu buat mcm2 makanan walaupun kitorang x bgtau dia pun nak datang beraya rumah dia.


Gambar diatas adalah salah satu gambar yang diambil di rumah Cikgu salha . Our first destination. Hahaha. Biasa lah dah lama x jumpa. lama jugak kitorang lepak kt rumah cikgu salha ni. Masa tu ada tetamu kat rumah dia. maybe sbb tu lah x terlayan kot. Nasib baik ada Cikgu nuar, Husband cikgu salha. Setiap kali pegi rumah cikgu biasa lah soalan yang akan diajukan ialah "Sekarang Belajar kt mana" Soalan favourite. huhu. 


Lepas sesi makan2 kami pun terus pergi ke rumah cikgu lain pulak. Ramai jugak masa tu rumah cikgu yang kitorang pegi. Tp aku dah lupa lah. Maaf.. hehe. Korang tengok lah gambar gambar yang ada kat bawah ni k. Banyak lagi gambar nk upload sebenarnya tp internet slow. Internet ni mcm siput. Nak kene ketuk ketuk moden dia baru jalan laju sikit. haha. x macam siput. Ketuk nanti dia masuk dalam cengkerang. Haha..


Gambar ni diambil masa kitorang kumpul2 awal2 pagi masa nak gerak beraya tu. Lokasi dekat masjid Tanjung Muar. Lama jugak kitorang lepak kt sini. Tu yang banyak amik gambar tu. Hahaha. Kepasa yang tak join convoi kitorang harap jangan jeles ye! hehe


Gambar kat atas ni pulak diambil di rumah cikgu MAI. Cikgu paling kecik, Cute dan sempoi. Hehe. Walaupun dia x pernah ajar aku dulu tp aku kenal cikgu ni sebab dia jadi warden aspuri. Sempoi cikgunya. Sampai je rumah dia tetiba dia boleh kenal aku pulak. Aku tanya cikgu " Macam mana cikgu boleh kenal saya" cikgu pun jawab " Awak la yang paling suka update status kt facebook" hahaha. famous jugak aku ni kan. haha XD. Kt sini kitorang semua dapat duit raya tau. Mcm tak percaya tp harus kene percaya. 2 hengget pun takpe. haha Janji dapat duit raya itu sudah memadai. Maklumlah dah besar besar ni mane dapat duit raya lagi. haha


Pfffft. 3 orang anak dara ni aku nak introduce kt korang, yang first dari kiri tu nama die Khalijah. panggil Jeje je. Dia bakal cikgu nie. Kiotrang dulu takde la rapat mana pun kt sekolah , Boleh kata nak bertegu rpun susah, Tapi melalui facebook kitorang mula menjalin ikatan persahabatan. Cewahh mcm citer hindustan. HAHA. Dari situ la kitorang mula mesra mcm bob mesraa. haha. 


Orite back to our topic, Yang tengah ni pulak budak kelas aku masa form 2 kot. Lepas tu dia pindah Teknik Muar kot. Dia ni pun cikgu gak. Cikgu darjah satu dua kot. Based on dia citer kat kitorang masa dia naik keta aku tu. Dia ni dulu mulut memang joyah giler. Tapi aritu masa kitorang jumpa semula aku pelik sebab dia dah lain. Sopan beb, Suara dia ala2 siti nurhaliza serak2 basah masa jadi juri Maharaja Lawak Mega tu. Hahaha. Tapi serious dia dah berubah gile kot, Suara dia yg dulu bukan main kuat sekarang dah termasuk kedalam. Mcm menjerit kat sebelah telinga pun x dengar. Siap jalan kepit lagi you alls. haha. Teruja mak . HEHE. 


Dah2 banyak pulak aku citer pasal Cik Ann Nazira kite ni. Orite nak citer pulak yang ujung skali tu. Nama dia Ain Anisha, Ahli kumpulan aku masa Kem Motivasi kt Segamat. Haha, Dia ni dak kelas aku jugak tp aku tak tahu tahun biler. Dia ni pun bakal cikgu jugak, almaklumlah belajar kt IPG. Lepasni maybe dia lah yang akan ajar anak2 korang. Beware tengok muka dia garang kan ? Tapi sebenarnya dalam hati ada taman. hehe.



Gambar ni bukan diambil oleh aku. Tp aku pun x sure siapa yang amik .Gambar ni diambil dari kereta Atiqah. Masa ni kitorang dalam perjalanan dari Melaka nak pegi rumah Cik Hidayah Convoi Planner kita. Jalan nak ke kampung Cik Hidayah ni memang best sebab dikelilingi sawah padi .Seronok sangat.. hehe


Tada.. Terima kasih la siapa yang amik gambar kereta aku ni. haha. Gambar ni nampaknya diambil dari kereta Cik Ain kita. Tapi aku rasa cik Ecah yang amik kot. sebab dia sorang je yang ada DSLR.


Best tak gambar ni ?Diambil kat rumah Cik Hidayah " Our last destination" Masa ni la kitorang amik gambar puas puas sebab view dia memang cantik sangat. Time ni la jugak kitorang bersalam salam nak balik. Sedih rasanya nk balik tau. hehe. Bila la dapat jumpa kawan2 lagi mcm ni kan. =(





Jeng Jeng Jeng. Ni Cik Afzan. Dia adalah salah seorang yg join kitorang punya convoi. Kitorang sempat gak pegi umah dia kt Sungai Abong kot x silap.


Dalam gambar ni nama dia Yusra, Sorry to say- Jangan terkejut, Baby boy dalam dakapan Yusra ni bukan anak dia tau. Tapi anak cikgu kitorang. Aku pun x tau rumah cikgu ni kat mana sbb cilok dalam sangat. haha


Haa, Dalam gambar ni ada dua orang mamat2 hensem ni. Ko nak usha ? PM me nanti aku bgtau no tepon diorang. 2 singgit je. HAHA. Takde la gurau jea. Yang baju purple nama Latif ngan ceklat tu nama Adam . Gambar ni masa tunggu bebudak ni kat Masjid Tanjung yg lama. Yg kitorang tersesat kt Masjid tanjung yg baru tu. hahaha


Korang tengok lah bertapa padatnya ruang legar rumah Cik Ann ni, Penuh dengan kereta kitorang jea. Haha. Aku pun tak tahu ntah berapa kereta tah yg ada masa ni. sbb masa ni second last destination kitorang.