Halaman

Pengikut

Selasa, 20 Disember 2011

ZAMAN SEKOLAH 2005 - 2012




Siapa yang tak pernah bersekolah ? Setiap orang pernah bersekolah. Tapi berbeza pula bagi saya. Saya bersekolah di sebuah sekolah agama dan mempelajari pelajaran bahasa arab.

Nama sekolah saya SMA LUGHATUL QURAN. Mungkin anda pernah dengar ?

(Ni lah gambar sekolah saya, Rindu kt sekolah)

SMALQ ni sekolah agama yang agak moden. Banyak kemudahan yang ada di sekolah ni. cakap je nak apa ? Wifi ? Semua ada. Thats why lah saya sayang sekolah saya, Salah satu sekolah yang agak besar dan moden , No wonder lah ramai anak orang kaya yang bersekolah disini. banyak kenangan saya di sekolah ni.


Ni adalah gambar asrama saya. Di mana saya menghabiskan selama 4 tahun sisa hidup disini. Ramai sangat yang bersekolah disini. Sampai hostel ni penuh dan padat. Asrama ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun peraturan ketat tapi kami tetap sayang asrama kerana ini adalah rumah kedua kami.



Setiap hari minggu kami akan disuruh gotong royong. Walaupun rasa berat nak gosok tu gosok ni tapi rasanya itu adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan sekolah dan asrama kerana sekolah itu adalah tempat menimba ilmu manakala asrama pula adalah rumah kami. tempat dimana kami beristirehat dan bergurau senda dengan rakan rakan. Kenangan ini pasti tidak dapat dilupakan.




Gambar ni pula diambil semasa Jogging petang mengelilingi sawah pagi. Setiap minggu kami diarahkan untuk berjogging 3 kali seminggu. Masa tu lah nk keluarkan peluh. memang berkuah kuah lah masa tu. haha.



Ini adalah gambar sebahagian dari guru guru dan ustaz ustaz yang mengajar kami. Merekalah yang bertanggungjawab untuk mendidik kami sehingga berjaya. Ramai guru dan ustaz yang mengajar di sekolah ini kerana pelajar terlalu ramai.


Ini adalah sebahagian dari pelajar pelajar 5A2. Gambar ini telah diambil sebelum SPM. Tujuan gambar ini adalah untuk jadikan kenangan masa kt klas dulu. Di dalam kelas 5A2 tau. Maaf sbb gambar klas wanita 5/2 takde. Korang pelik tak ? Kitorang pegi sekolah pakai songkok. Tiba nak amik gambar songkok terus hilang. HAHA. Siapa punya kepala lah ni ? Haha.. kitoran mmg mcm ni pun. Kitorang hepi bila bersama mcm ni. Banyak kenangan dalam kelas yang kitorang tak boleh lupa ='(



Ok gambar ni pulak gambar semasa Jamuan akhir tahun kelas 5a1 dan 5a2. Kitorang sebenarnya memang gila2 jamuan siap ada aktiviti. Ingat lagi masa ni aktiviti dia kene panjat kerusi lepastu teka teki. sangat seronok. Akibat dari kebisingan kami dan aktiviti yang terbuka kepada lelaki dan perempuan. Ustaz Mubin *Warden Aspura marah kami. Haha.. semua bengang je masa tu. Tapi kitaorang buat lagi satu jamuan. masa tu ada 2 jamuan klas kitorang buat. satu kitorang buat dalam kelas lagi satu kitorang buat kt dewan makan. Best sangat masa tu. Kenangan tak boleh lupa kot. ='( bila dapat jumpa korang lagi kawan ?


Ini adalah aktiviti sekolah setiap bulan. Sekolah ni memang banyak sangat aktiviti berfaedah seperti motivasi dan bermacam2 lagi aktiviti. Seronok masa tu banyak aktiviti. Sekarang nak join aktiviti mcm ni pun susah.


Setiap bulan jika ada aktiviti sekolah akan buat aktiviti yang menyeronokkan seperti Chiken Dance, Tarian Poco-Poco, dan macam2 jenis tarian lah yang kitaorang belajar dari sekolah ni.



Ni adalah gambar Malam Seribu Bintang. Setiap tahun akan ada satu dinner. Setiap kali dinner mesti ada persembahan bermacam2. Persembahan tarian, Persembahan nyanyian, Persembahan nasyid, Persembahan lakonan dan bermacam2 lagi. Sambil tu jugak kitorang dihidang dengan bermcm jenis makanan yang sedap2. Selain itu ice cream pun kiorang dpat.

Kenangan ini memang tak dapat aku lupakan. Sbb banyak sangat kenangan .
Kepada kawan2 aku harap korang x lupakan aku.
Sekian Terima Kasih.