Halaman

Pengikut

Isnin, 2 Januari 2012

MENGE HENG - OUT SHOPPING


Tersebut lah kisah kami ber hangging out di Batu Pahat bersama semua rakan rakan tercinta. Cinta ke ? err. haha. Disebabkan practikal sudah pun tamat dan kami ada tinggal lebih kurang beberapa minggu untuk melepak bersama sebab lepasni masing masing dah pergi balik ke tempat asal masing masing sudah. susah la nak lepak lepak lagi sebab maybe masa tu masing masing dah bekerja dah sambung belajar dan macam macam hal lagi. 

Aku dengan lajunya membawa Mercedes Benz kepunyaan bapak aku menuju ke Rumah Helmi ( Dalam facebook nama Prince Helmy ) yang berada di Taman Koperasi Jaya. Dan meng hajak hajak dia jalan2 ke mana sahaja. Selalunya memang aku hajak dia pun disebabkan dia selalu ON . Selepas aku pergi rumah Helmi aku dan Helmi menuju ke rumah Aqila Hasyim untuk pick up budak gurl berdua kat dalam gambar dibawah ni. Sebab kitorang memang selalu hang out pun.



Sesampainya kami di Batu Pahat Mall , Kami terus jalan jalan jalan jalan pusing pusing satu mall cari barang dan shopping sakan. Maklumlah orang kalau suka shopping ni memang pantang pegi shopping complex mesti nak beli something. Firstly Aqila pegi Pacific  Hypermarket sebab nak beli purse katanya. Beli untuk mama dia sempena menyambut hari ibu. Just imagine harga sebenar RM300 then ada discount so tinggal RM50 lebih je gitu. Kalau lah ada purse lelaki yang ada discount jugak mesti aku pun sama beli. 

Setelah membelek belek Aqila akhirnya memutuskan untuk membeli purse yang ada discount tadi. Tp memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga asal. Kami pun berjalan jalan dengan hati yang riabg gembira sambil melihat lihat purse yang cantik cantik. Kadang kadang terlihat dan ternampak purse yang agak cantik dan mahal tapi bukan taste Aqila. 



Ni lah gelagat kami kalau jumpa cermin besar kat shopping mall Sebuk je nak amik gambar walaupun dalam apa cara sekalipun. Gambar kiri gambar aku dengan Aida Mdshah. Tetiba jumpa cermin yang agak besar dalam Pacific Hypermarket tadi aku pun terus snap snap. Orang jakun memang macam tu. Maklumlah kat rumah mana ada cermin besar macam tu. 

Gambar kanan pulak korang perasan kan gambar tu adalah gambar dalam cermin di sebuah shopping shop. Kedai baju. Masa tu aku sibuk nak cari baju . Biasa lah baju kat sini semuanya agak mahal berbanding di Melaka. Thats why la aku dan family sanggup ke Melaka untuk shopping baju semua sebab harga yang ditawarkan memang berbaloi baloi, Murah dan tak rugi. Sanggup tu ke Melaka walaupun berbatu batu jauhnya dari rumah aku.



Gambar kiri menunjukkan seorang lelaki yang hensome sedang menggayakan handbag Salvatore Ferragamo. Puih. Sedang asyik Aqila dengan Aida Mdshah pilih pilih Purse yang mahal mahal harganya tu aku pulak sibuk menggayakan hangbag yang kalau beli tak mampu. Haha. Yang si Aqila pulak sibuk mencari purse yang paling cantik. Hoho. Itu lah purse yang aku cakap ada discount yang si Aqila dari tadi dok pilih. 




SILA KLIK LINK DI BAWAH

                               

Tiada ulasan: