Halaman

Pengikut

Selasa, 12 Jun 2012

My Uncle Wedding


Selamat Hari Berkahwin Uncle

Dr Nor Badrul Anuar Bin Jumaat

&
Maisarah Binti Razali


                   Tersebutlah kisah seorang uncle aku yang baru balik dari Plymouth dan melangsungkan perkahwinannya bulan lepas in May . Jemputan hanya di buat melalui facebook dan melalui SMS sahaja. Tetapi sedara yang datang memang penuh rumah punya. Kami sebenarnya nak tido homestay kat area Alai Melaka tu tapi disebabkan homestay penuh so just gerak pagi ahad tu. 

                    Pagi2 lagi mama dah kejut untuk gerak. First kami menunggu kedatangan Maklong dan Paklong sebab dah janji nak gerak saing, Sesampainya maklong kat rumah aku bual2 jap then terus gerak ke Muar Johor, Singgah kat Pt Haji Kosai kot jalan tu nama dia. Singgah kt rumah Pakcik sedara aku nama Azman Kamri. 

                        Firstly kitorang just 3 buah kereta dari Pontian dan Batu Pahat. Tak sampai 10 minit lagi 5 bijik kereta sampai. Haha. mcm tak percaya pulak. dok bual bual kt umah pakcik sedara aku ni lama jugak. Dok bercerita dan jumpa sedara sedara semua memang seronok. Ada jugak yang tak kenal ada jugak yang kenal memlalui facebook je. 



                     Selepas habis berbual bual , berbual lah sangat masa tu dah dekat pukul 2 dah kot. Kami pun bergerak menuju ke Melaka ada lebih kurang 5 hingga 7 buah kereta kot. Kami tak tahu jalan sebenarnya menuju ke Alai so just follow kereta sedara yg berada di depan. Aku drive je follow kereta sedara tu sampai lah ke Homestay kat area Alai Melaka. 

             Perjalanan lebih kurang 20 minit perjalanan kot. Lagipun follow orang memang la slow. Sesampainya di Homestay De Alai terlalu banyak kereta sedara sedara semua sampai full parking beb. Homestay memang best ada 7 buah bilik dan kolam renang di tengah mmg cool habis, Kat tepi kolam renang ada wakaf untuk rehat rehat sambil menganbil udara petang yang nyaman. Seronok habis. 


                  Gambar di atas ni gambar masa kat homestay de Alai Melaka ni la. View dalam ni memang nice Sebelah kiri ada swimming pool and blah kanan. tengah ni la gambar unlce aku yang kawin tu. Hhuh.Setelah berlepak lepak jap kat sini semua dah siap siap nak gerak ke rumah pengantin perempuan Ms Maisarah Razali. 

                                                         KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

               Ni pulak gambar paklong aku yang pagi tadi datang rumah aku ni lah dia. Sebelah dia tu pulak mama aku, Mama aku dengan hand bag Salvatore Ferragamo dia tuh. Aku yg belanja beli kat JPO je. Haha. Percaya ! ?

     KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

                  Masa ni kami dah nak gerak dah pun ke rumah pengantin perempuan, Dengan lafas bismillah kami pun memulakan perjalanan yang tak berapa jauh pun. Dalam 3 minit je pun dah sampai rumah pengantin perempuan. Dan kami pun berjalan.. * Naik kereta la. 

     KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

             Tada.. Akhirnya dah sampai pun ke rumah pengantin perempuan, Cehh macam la jauh sangat perjalanan ek. Haha. Gambar atas ni masa kt parking Bermula dari kiri Cik Salwa, Maklong Normah, Cik Miah and yg last tu nama dia Fizz Fairus. Haha. Takde la. nama dia Fissabilliah so panggil Fizz je. 


     KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

              Ramai tak sedara saya ? Ramai tau kau hengat sikit ke. Campur tolak bahagi kesemua kereta ada dua puluh biji termasuk kereta bapak saya. Nak tau kenapa ramai. Sebab jemput ramai thats why la ramai jugak sengal. Ops !

     KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

            First aku tengok gambar ni memang biasa je dan agak cantik jugak la. Tapi bila tengok dekat dekat ada tulis " Sponsored by BURGERDEAL " wah. Untungnya majlis Perkahwinan kalau ada orang nak sponsor kan ! So kepada yang berminat nak sponsor banner, baju, seluar, pelamin, catering, kalau boleh sponsor semua la. Apa salahnya buat amal jariah. Hehe. Kalau nak sponsor boleh lah email disini " aiirellhusairy@yahoo.com " Only serious sponsor .. hehe ^_^

     KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

                      Marilah kita bersama sama layan gambar uncle aku kahwin ni ye.Tapi mak andam or tukang amik gambar official takde, So uncle mcm janggal sikit nak tengok camera mana satu, Kat depan ni semua nak cakap bertapa ramainya orang dan makhluk makhluk yang nak amik gambar. Tapi outdoor shooting banyak gambar yang cantik. Tahniah untuk uncle. 




                  Korang perasan tak konsep pelamin ni, Simple dan cantik just bunga bunga tu je yang buat dia mcm complicated sikit, Tapi semuanya cantik je. ada jugak concept mcm pelamin dalam taman gitew. Sebab ada lampu lampu tiang tu, Serious cantik. Then kat depan pulak ada rumput rumpur hijau bak ada kat dalam taman.  Bunga bunga depan tu pulak mcm  concept English Garden. Just kerusi nya simple sangat kot. Kalau guna kerusi yang ada tempat tangan tu tp just dua orang yang boleh duduk. mesti cantik .btw overall cantik.


                  Gambar di atas ni pulak masa makan berdamai, Makan dia cara hidang mcm selalu annuar dinner yang kolej buat tu. Concept tempat makan dia pulak concept makan dalam taman jugak. Kombinasi warna putih hijau pink ni memang cantik mata memandang. Makan ala hotel punya serve even makanan dia biasa. Agak special jugak la sebab dapat makan depan meja pengantin. Orang ajak aku duduk je la. Kesian sedara yang lain. Hehe. 
                               






                Gambar diatas ni pulak masa potong kek, Cuaca yang panas membuatkan aku tertunggu tunggu uncle potong kek sambil mengesat kesat peluh yang ada di dahi, Maklumlah cuaca di Malaysia kini kian panas. Sempat aku mengambil gambar cupcake yang sangat comel tu. Concept cupcake , dengan combination of cake stand tu memang comel sangat. Terasa nak makan dengan stand stand dia sekali. hehe. Aku pun sempat bergambar dengan pengantin maklum lah orang penting kene la amik gambar dengan pengantin sekali kan. haha. Seterusnya maklong aku ajak balik pulak, Tapi kami nak pegi Bandar Melaka dulu, So kami pun terus ke bandar melaka disebabkan aku memang dah tau dah jalan dia. Setiap minggu aku pegi Melaka . 




                     Ayuh lah kita sama sama menikmati kesedapan Cupcake ni, Comel tak ? Aku dah rasa dah. Sangat sedap hingga menjilat jilat mangkuk cupcake tu. Seriously aku memang buat jilat mangkuk tu. Haha. 
Ok lah sampai disini sahaja cerita uncle aku kahwin nie.  






( Padamkan Radio kat sidebar kanan untuk pendengara yang lebih jelas )




SILA KLIK LINK DI BAWAH

                               

1 ulasan:

5200v berkata...

terima kasih kerana menginap di d' Alai Homestay... semoga berjumpa lg.