Halaman

Pengikut

Ahad, 24 Jun 2012

SEPETANG DI VIVO AEON TEBRAU


Tersebutlah kisah aku dan family pergi bershopping shopping sakan di Bandaraya Johor Bahru. Dengan berbekalkan sepasang kaki dan sebuah kereta yang tak berapa mewah ( Mercedes Benz je ) Kami pun sekeluarga pergi berjalan jalan ke seluruh pelusuk Johor Bahru. 

Abah tak ikut dia duduk rumah je kat Ulu Tiram Johor. Dia memang tak suka berjalan jalan sebab abah punya kaki dah kurang kuat. Abah cepat penat so aku lah yang take over tempat dia meng drive kereta Mercedes Benz dia. huhu. 

First tujuan kami adalah nak ke rumah Abg Emy. So aku pun menggunakan kuasa GPS yang berada di hempon aku untuk menghala kerumahnya yang berada di Pasir Gudang. Kami melalui jalan Sungai Tiram tembus ke Masai. Dekat je 30 minit dah sampai. Kalau lalu lebuhraya Pasir Gudang mesti lambat baru sampai. 

Setelah melepak lepakkan diri di Rumah Abg Emy kami pun pegi Pasaraya Sakan depan rumah abg Emi je. Mama borong macam2 jugak. Then lepastu kami pegi ke 2N Shop jual barang barang serbeneka. Sekali lagi mama aku borong macam macam barang. Maklumlah barang dia memang murah dan berpatutan. Sangat boleh dibeli dan sangat mampu milik. Penuh bonet kereta dengan barang barang mama borong tadi

Selepas dah lama lepak kat rumah Abg Emy kami pun bergerak ke Today's Masai untuk sambung shopping. Sesampainya di sana tengok macam takde pape sangat. But seriously barang dia murah murah. Setelah masuk ke bahagian dalam kami menjumpai sebuah kedai dua ringgit. Mcm tak percaya semua barang dalam kedai tu RM2 sahaja. Perfume, Sunglasses, Makanan, Barang dapur sehingga ke Sabun sabun syampo dan pelbagai semua dijual dengan harga RM2. Tak percaya kan ? Kalau tak percaya datang lah ke Today.

Selepas itu kami bergerak ke Jusco Tebrau atau nama sekarang AEON Tebrau. Bawak mama jalan pusing pusing tengok barang. Mama masuk semua kedai Padini, TopMan, dan pelbagai kedai baju sebab nak belikan abah baju. Sehinggalah aku ternampak kedai VIVO and PANINI. Auu aku terus panggil mama masuk dan ambil tempat. Aku tanya orang tu takda tempat yg privacy sikit ke ? Orang tu cakap fully booked. So terpaksa lah kami duduk di tempat yang terbuka. 


Setelah duduk di meja yang di double kan sebab kami yang request. Kami pun order satu pizza size Large dengan Air Mocha Frape, Sprite order dua je sebab cawan dia besar gabak takut tak habis dah membazir pulak. Mama sibuk memilih pizza apa nak makan. Dengan muka yang tak ready aku pun meng capture gambar mama. Thats why muka mama cemtu.


Aku suggest mama amik pasta dengan pizza tapi mama taknak sebab mama tak suka. Mama cakap Spaggetti mama buat lagi sedap dari beli kat Restaurant mcm ni RM18 hengget satu pinggan baik masak sendiri satu keluarga boleh makan. Memang dari azali lagi mama minat pasta yang dibuat sendiri berbanding pasta beli. so setelah decide kami pun just order Pizza je. Pizza Pepperoni Delight dengan extra cheese. Aku nak try panini dia sedap tak  ? 


Setelah decide order pizza . Aku pun dengan bangganya mengangkat tangan sambil melambai lambai ke arah waiter di Vivo And Panini. Akak waitress datang dengan muka yang senyum tak iklas lalu mengambil order. Setelah menunggu selama beberapa minit Air yang kami order tadi pun sampai. Ops First dia hantar pinggan dulu. Then baru hantar air. Vivo Pizza ni lain sikit, Tak macam pizza lain dia akan kira berapa customer dalam satu meja then dia akan kasi pinggan cukup dan NO EXTRA kecuali minta. 

Berbeza dengan Pizza Hut. Dia akan sediakan pinggan atas meja then customer tinggal use those pinggan dan kalau ada lebih dia akan ambil. Domino's Pizza pulak pakai pinggan kertas. Kesian tak ? Sebab Domino's Pizza more to delivery. So kedai dia just so so je. Bercakap pasal Domino's Pizza terasa lapar pulak. Dah lama tak makan. Last makan pun masa farewell ceremony kat Hotel Katerina 2 bulan yang lepas. Kami beli satu set promosi dua Large Pizza Satu Regular RM55. Murah kan ? 


Menunggu dengan menunggu akhirnya pizza yang kami tunggu tunggu telahpun sampai! Yehhh masa untuk melantak. Pizza ni nampak je mcm ni tapi kami berempat makan tak habis sebab isi dia memang mampat dan kalau makan cepat sangat kenyang. Confirm ! Bercakap pasal ini aku teringat, setiap kali makan something like Pizza, Dunkin Donut, Big Apple dan sebentuk dengannya makan sikit mesti dah kenyang ? Pelik tak. Aku rasa dia letak pengawet makanan kot. Thats why la kita cepat kenyang.  



Sementara menunggu pizza sampai aku sempat menggunakan wifi Vivo Pizza kat sini. Memang laju. Tapi kalau nak diikutkan dengan bill telefon yang aku guna sekarang ni lebih mahal, baik aku pakai line tepon je. Lagi laju, Setiap bulan tak pernah pun over limit. Maklumlah limit 3GB. Lagipun online banyak kat laptop je. Dah online kat laptop pakai Streamyx. 

Setelah habis makan kami pun memanggil akak waitress untuk bill. Akak waitress datang berlenggang lenggok sambil membawa sehelai kertas putih yang bertulis harga dan ada jugak kertas complaint. So far aku berpuas hati so tak perlu complaint kot. Just in case kalau ada something that you need to improved so aku akan complaint. Bill dah sampai siapa nak bayar nie ? Aku menolak bill kat mama. Mama cakap " Banyak la cantik muka kau " Kata kata mama menggambarkan dia suruh aku belanja lah tu. haha.

Lalu aku pun membayar dengan hati yang gumbira ! TAMAT






SILA KLIK LINK DI BAWAH

                               

4 ulasan:

Aiirell Husairy berkata...

Testing Testing

NURUL NAJWA berkata...

ahaha, sepetang berSHOPPING nih.. agaga

Aiirell Husairy berkata...

@NURUL NAJWA Hohoho.. Memang shopping sakan. Penuh bonet keta. haha XD

Lynn Damya berkata...

Salam, haha..nice entry sbb aku tak pernah try Vivo lagi..nak try takut mcm mahal je, tp ak rse standard lah kot smua piza berbelas ringgit kan..sedap tak? aku research dulu ni sbb nk bawk ayah makan, dia suka piza katernye~~haha