Halaman

Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

TINGKAP ROSAK LEPAS BALIK MEETING


                             


Tersebutlah kisah, Aku balik dari meeting dengan board of alumni KPTMBP semalam. Tiba tiba tingkap kereta sebelah kiri tak boleh tutup. Menggelabah aku try korek korek tingkap tu tapi still tak boleh. Sehingga  aku cuba nak ketuk ketuk pun tak boleh jugak. Menggelabah sampai nak gile dibuatnya. Nak bukak GPS pun sampai dah tak teringat. 

Sesampainya di rumah, saje wat muka chillin sambil membawa barang barang shopping masuk bilik. Then bagi tau mama. Mama pun berkata :

Mama : Macam mana boleh tingkap tu tak boleh ditutup?

Aku    : Ntah orang pun tak tahu kenapa tadi panas bukak la tingkap sampai bawah
             Then tak boleh nak tutup.   

Mama : Cuba lah try lagi ?

Aku    : Tak boleh jugak la mama. Dah banyak kali cuba pun.

Mama : Takpa lah esok kita pegi bawak workshop.

Keesokan harinya aku pun vromm vromm ke workshop berhampiran dengan rumah. Mama pun memberitahu kepada orang yang berada kt workshop tu tentang keadaan cermin yang tidak boleh dinaikkan. Orang tu terus bukak cover set kereta blah dalam dan mengambil satu besi yang terdapat di dalamnya. 







Semasa orang kedai tu membuka cermin tingkap ni aku just tengok tengok sambil buat muka sombong. * Konon kerek macam aku bawak Mercedes Benz. Walaupun kali ni aku tak bawak Mercedes Benz. Ada Mak Jemah kesah ? Ekau buat jo koje kau. aik! Gambar kat atas ni adalah gambar nama kedai yang terletak di area Tongkang Pechah. Orang senang just panggil Workshop Ah Seng. Kedai dia agak BERSIH 3.0 sangat sampai semua tempat hitam. 




Bergini lah keadaannya semasa dia dok membuka besi cermin yang ada di dalam cover set kereta ni. Dengan spect colour pink sambil isap rokok. Agak kerlas kau jah disitu. Dengan pakai seluar askar memang tak kena sangat la fasion yang di pakai oleh orang cina kedai workshop ni. Bercelaru! Tak suka mak jemah tengok.


Ini pulak anak uncle yang pakai spect pink tadi. Dia tolong bapak dia memegang cermin kereta tu sambil bapak dia dok mengeluarkan besi cermin yang ada kat dalam rangka kereta tadi. Sambil membuka besi tu uncle cina ni sempat kasitau yang anak dia ni nak ke Taiwan katanya. Taiwan ? Haha. perlu ke kasi tau ? Aku  nak pergi London sambung Master kat sana tade pun nak bgtau orang lain. 

Gambar di atas pulak orang ni sambil menghisap rokok dia tadi sambil pegang screw driver nak bukak bukak besi cermin tadi. Dia cakap gigi besi kat enjin dia tu dah patah then salah satu cara nak baiki adalah dengan menukar besi dia kepada satu yang lain. Disebabkan besi dia takde kat workshop so kawan dia lagi sorang ambil naik moto kapcai sambil helmet buruk yang dah nak tanggal. 



Selepas habis dia pasang pasang besi yang baru tadi ke enjin tingkap tadi dia pun start memasang semula besi tadi ke dalam tempat yang sepatutnya. Dengan tanpa ijin macam lah aku confirm nak beli dia saje je pasang mende tu. Actually aku takde kasi kata putus pun nak beli menatang tu. Orang ni sesuka hati je nak pasang terus tanpa bertanya. Kadang kadang aku menyampah dengan oraang atau penjual penjual yang macam ni. Perangai macam sibai. Seolah olah memaksa pulak.


Setelah beberapa minit memasang besi akhirnya sampai lah ke masa kemuncak atau dalam bahasa karangan klimak. Klimak of the story of this post adalah orang tu try menaikkan dan menurunkan tingkap tadi sampai dia puas hati. Akhirnya tingkap sudah boleh digunakan dengan sempurna.



Dan akhir sekali orang ni kemaskan sikit wayar wayar yang bersepah dan meletak minyak greese di setiap gigi gigi besi yang terdapat di dalam enjin tadi.

Then masa aku nak start enjin nak balik tu, Enjin tak boleh start sebab betri weak. Then orag tu amik jumper then jumperkan kereta aku sampai boleh start. Akhirnya boleh start pun kereta ni. Aku  balik dengan hati yang gumbira ! Gumbira lah sangat kan . haha



SILA KLIK LINK DI BAWAH